Anugerah Pilihan Online (APO) 2016


Kongsikan kemeriahan APO2016 bersama rakan dan keluarga!

Soalan Lazim

Mengenai APO

APO adalah ringkasan kepada Anugerah Pilihan Online yang dianjurkan bersama oleh mStar Online dan SuriaFM.

mStar adalah sebuah portal berita berbahasa Melayu, manakala SuriaFM adalah stesyen radio, di mana kedua-­duanya milik Star Media Group.

APO adalah anugerah pilihan pembaca yang didorong oleh kehebatan dunia digital dan media sosial.

Terdapat 17 kategori anugerah yang dipertandingkan merangkumi dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen dan digital.

APO dibahagikan kepada tiga peringkat: Pencalonan, Pengundian dan Malam Anugerah.

Peringkat Pencalonan adalah selama hampir sebulan (3 Mac 2016 – 30 Mac 2016). Dalam tempoh ini pembaca dikehendaki mengemukakan maksimum 3 nama calon bagi setiap satu daripada 17 anugerah yang dipertandingkan.
Nota: Pembaca dinasihatkan membuat pencalonan dengan teliti, kerana pencalonan yang telah dibuat untuk setiap kategori tidak boleh diubah.

Berdasarkan pilihan orang ramai secara dalam talian, lima nama yang mendapat bilangan pencalonan tertinggi akan ke peringkat seterusnya iaitu pengundian.

Satu lagi anugerah ­ Personaliti Terunggul APO ­ akan dipilih daripada 17 anugerah sebelumnya, di mana personaliti yang mendapat undian paling tinggi akan diumumkan sebagai pemenang.

Peringkat Pengundian akan berlangsung selama sebulan (1 April – 27 Apr) dan pembaca dikehendaki memilih satu daripada lima finalis dalam setiap kategori.
Finalis yang mendapat undian terbanyak daripada pembaca mStar Online akan membolehkan mereka diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah.

Malam Anugerah yang dimeriahkan dengan acara karpet merah akan diperkenalkan untuk mengiktiraf semua personaliti dalam dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen serta digital.

Berdasarkan jumlah undian yang diperoleh finalis, maka seorang daripada lima finalis setiap kategori akan diraikan pada malam berkenaan.

Sejumlah 17 kategori akan dipertandingkan, merangkumi dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen dan digital.

Satu lagi anugerah - Personaliti Terunggul APO akan dipilih daripada 17 anugerah yang memperoleh undian tertinggi.

Klik untuk melihat senarai penuh kategori yang dipertandingkan bersama penjelasan mengenainya.

Peringkat Pencalonan

Tempoh pencalonan selama hampir sebulan iaitu bermula 3 Mac dan akan berakhir pada 31 Mac 2016.

Anda boleh mencalonkan maksimum TIGA (3) nama bagi kategori yang dipertandingkan.

Keseluruhannya 70 peratus jumlah undi adalah daripada undian awam, manakala baki 30 peratus lagi daripada jawatankuasa APO2016.

Jawatankuasa melibatkan wakil mStar Online, SuriaFM and penaja utama, Dnars.

Peringkat Pengundian

Tiada had ditetapkan untuk mengundi kecuali undian hanya boleh dibuat sekali sehari bagi setiap kategori. Setiap kali selesai mengundi, anda hanya dibenarkan mengulangi proses undian selepas pukul 12.01 tengah malam.

Pemenang akan ditentukan oleh jumlah undi daripada orang ramai.

Malam Anugerah

Malam gilang gemilang ini akan diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, KL pada pukul 9 malam pada 30 April 2016.

Anda boleh merealisasikan impian untuk menyaksikan malam gemilang itu dengan memenangi dua tiket apabila menyertai Peraduan Calon & Undi.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. Mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa aktif mengemukakan pencalonan dan pengundian anda sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

Jika calon pilihan anda adalah antara lima finalis ke peringkat Pengundian, atau sekurang-kurangnya hampir semua calon pilihan anda menepati senarai lima finalis, bermakna peluang untuk anda memenangi tiket yang ditawarkan adalah cerah.

Kategori APO 2016


01. Aktor Terbaik Pilihan Online
Jika anda merasakan seseorang pelakon lelaki itu terbaik kerana bakat seninya, maka dia layak dinilai untuk mendapat tempat sebagai individu terbaik bagi kategori ini untuk menghargai kerjayanya itu. Pengundi juga harus memberi penekanan sejauh manakah aktor ini mampu menggunakan media sosial dalam mengembangkan kerjayanya.
02. Aktres Terbaik Pilihan Online
Jika anda merasakan seseorang pelakon wanita itu terbaik kerana bakat seninya, maka dia layak dinilai untuk mendapat tempat sebagai individu terbaik bagi kategori ini untuk menghargai kerjayanya itu. Pengundi juga harus memberi penekanan sejauh manakah aktres ini mampu menggunakan media sosial dalam mengembangkan kerjayanya.
03. Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online
Bagi kategori ini, kehebatan diukur sejauh manakah seseorang penyanyi lelaki itu mempunyai kehebatan vokalnya, keupayaan menguasai pentas, kemahiran berinteraksi dan juga pendedahan di media sosial. Jika dia mempunyai ciri-ciri berkenaan, maka dia layak mendapat undian daripada anda.
04. Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online
Bagi kategori ini, kehebatan diukur sejauh manakah seseorang penyanyi wanita itu mempunyai kehebatan vokalnya, keupayaan menguasai pentas, kemahiran berinteraksi dan juga pendedahan di media sosial. Jika dia mempunyai ciri-ciri berkenaan, maka dia layak mendapat undian daripada anda.
05. Lelaki Tampan Pilihan Dnars
Dalam senarai kotak fikiran anda, selebriti lelaki manakah yang anda fikirkan tampan? Bukan sahaja diukur daripada segi paras rupanya, namun harus dilihat bagaiamna dia berfesyen, berkomunikasi dan mempamerkan stail di khalayak.
06. Wanita Anggun Pilihan Dnars
Dalam senarai kotak fikiran anda, selebriti wanita manakah yang anda fikirkan anggun? Bukan sahaja diukur daripada segi paras rupanya, namun harus dilihat bagaiamna dia berfesyen, berkomunikasi dan mempamerkan stail di khalayak.
07. Selebriti Komedi Pilihan Online
Kemunculan selebriti ini benar-benar mencuit perasaan. Ukurannya adalah cara dia berjenaka. Jika anda benar-benar terhibur dengan aksi selebriti ini, dia layak mendapat pilihan daripada anda.
08. Grup Pilihan Online
Artis berkumpulan atau band yang anda fikirkan layak diberi undi kerana kehebatannya membuat persembahan, kelainan lagu-lagunya, kreatif dalam berkarya selain berbeza daripada grup artis lain.
09. Penyampai Radio Pilihan Online
Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada penyampai radio di negara ini yang mempunyai pengaruh daripada segi cara penyampaian, informasi yang diketengahkan, populariti, nasihat-nashiat berguna selain aktif berinteraksi di media sosial masing-masing.
10. Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online
Bintang sukan lelaki yang menjadi pilihan dan perhatian anda dek kerana kehebatan dan kejaguhannya dalam bidang yang diwakili.
11. Bintang Sukan Wanita Pilihan Online
Bintang sukan wanita yang menjadi pilihan dan perhatian anda dek kerana kehebatan dan kejaguhannya dalam bidang yang diwakili.
12. Pasukan Sukan Pilihan Online
Kategori ini memberi ruang peminat sukan tanah air memilih pasukan profesional tempatan yang menjadi pilihan berdasarkan persembahan serta pencapaian terbaik mereka.
13. Ikon Fesyen Pilihan Online
Selebriti atau personaliti yang menjadi ikutan kerana gaya, imej atau pun stail yang dibawa.
14. Ikon Niaga Muda Pilihan Online
Individu muda yang kreatif, aktif dan mampu bersaing dengan sihat untuk meraih kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Harus dilihat bagaimanakah mereka meniti kejayan itu sebelum layak dipilih menerima anugerah ini.
15. Blog Pilihan Online
Perkembangan dunia digital ketika ini melahirkan ramai penulis blog. Namun, dalam beribu laman blog yang wujud itu, manakah yang benar-benar terkesan serta memberi impak terhadap anda? Undilah blog kegilaan anda ini.
16. Chef Selebriti Pilihan Online
Kacak dan lawa, dua perkara yang subjektif. Dalam katogeri ini, ukuran kacak dan lawa bukanlah keutamaan namun ia diukur bagaimana cara chef ini berinteraksi selain kehebatannya dalam mencipta menu istimewa dan kreatif yang menjadi tatapan anda.
17. Selebriti Media Sosial Pilihan Online
Bagi penggemar media sosial tidak kiralah di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter atau mana-mana platform digital lain, pastinya terdapat pengendali laman berkenaan yang menarik tumpuan anda. Ia mungkin disebabkan tulisannya, rakaman video ataupun perkongsian foto yang berjaya meraih pengaruh. Jadi, undilah calon ini sebagai pilihan anda.
18. PERSONALITI TERUNGGUL APO 2016
Bagi tempat utama ini, pemenang dipilih berdasarkan siapakah yang mendapat undian paling tinggi bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Jika calon pilihan anda berada lebih daripada satu kategori, hanya markah pada kategori tertinggi sahaja diambil kira. Buatlah pilihan yang tepat.

Mengenai mStar Online

mStar Online adalah sebuah portal berbahasa Malaysia bawah Kumpulan Media The Star yang dilancarkan pada 2005. Ia bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran pembaca Melayu dalam produk The Star. Pada Mac 2014, mStar telah memperkenalkan wajah baharu dalam membawa pembaca kepada berita terkini termasuklah politik, hiburan, sukan dan bisnes dengan tema Lebih Dekat, Lebih Padat.

Mengenai Suria FM

Suria FM adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria FM beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria FM mensasarkan pendengar Melayu yang berusia 24 hingga 34 tahun yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini.

Mengenai Dnars

Dnars adalah jenama yang mengeluarkan produk penjagaan kecantikan dan kesihatan yang bernaung di bawah syarikat Rohban Trade Sdn Bhd. Syarikat yang diusahakan oleh pasangan Ahmad Shah Rizal dan Faziani Rohban Ahmad.

Syarikat ini sudah lebih enam tahun bertapak di pasaran di mana jenama D'nars hari ini adalah diantara nama besar di pasaran produk cantikan dan kesihatan.

Bermula dengan sabun pemutih badan yang difomulasikan dari ramuan tradisional, diikuti dengan rangkaian set penjagaan wajah, hari ini D'nars mempunyai lebih dari 30 variasi produk, termasuk yang terbaharu minuman kesihatan Jus Lutox dan sapuan luaran berbentuk roll on, Gel Lutox.