Peraduan Calon & Undi


Rebutlah peluang memeriahkan malam kemuncak APO2016 bertemakan Glam Digital. Menangi tiket di sini!

Kongsikan kemeriahan APO2016 bersama rakan dan keluarga!
  1. Peserta hanya perlu:
    1. Membuat Pencalonan APO2016 ketika Peringkat Pencalonan
    2. Membuat Pengundian APO2016 ketika Peringkat Pengundian
  2. Pemenang peraduan akan dipilih berdasarkan ketepatan membuat pilihan calon bertanding bagi perkara berikut::
    1. senarai 5 finalis bagi setiap kategori Peringkat Pencalonan, dan
    2. senarai pemenang 17 kategori APO2016 (tidak termasuk Kategori Personaliti Terunggul).
  3. Maka, lebih kerap anda memilih untuk membuat pencalonan di kesemua 17 kategori pada Peringkat Pencalonan, peluang memenangi peraduan ini adalah tinggi.
  4. Sama juga pada Peringkat Pengundian lebih kerap undian dibuat, lebih tinggi peluang anda untuk menang. Perhatian: Anda hanya boleh mengundi satu kali sehari sahaja. Jika mahu undi lebih, sila berbuat demikian selepas pukul 12 malam pada hari yang baru.

    Pihak Penganjur & Kelayakan

  1. PERADUAN CALON & UNDI ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh Star Media Group (Malaysia) Berhad ["Pihak Penganjur"].
  2. Peraduan in dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai MyKad sah dan berusia 15 tahun ke atas pada 01 Mac 2016 ["Peserta"].
  3. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan Pihak Penganjur dan Pihak Penaja [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau
    2. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau promosi Pihak Penganjur dan Pihak Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya, dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
  4. Tempoh Peraduan

  5. Peraduan ini berlangsung lebih kurang dua (2) bulan dari 3 Mar 2016 hingga 27 Apr 2016 ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  6. Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  7. Untuk menyertai peraduan ini peserta hanya perlu:
    1. Membuat Pencalonan APO2016 ketika Peringkat Pencalonan
    2. Membuat Pengundian APO2016 ketika Peringkat Pengundian
  8. Lebih lengkap anda membuat pencalonan pada Peringkat Pencalonan – iaitu anda melengkapkan kesemua 17 Kategori – lebih tinggi peluang anda untuk menang.
  9. Pada Peringkat Undi, lebih kerap anda mengundi calon pilihan anda, lebih tinggi peluang anda untuk menang.
  10. Pemenang akan ditentukan berdasarkan ketepatan pilihan berbanding senarai akhir (finalis) bagi Peringkat Pencalonan dan Peringkat Undi (pemenang-pemenang 17 kategori APO2016, tidak termasuk Kategori Personaliti Terunggul).
  11. Hadiah

  12. 20 pemenang akan memenangi sepasang tiket untuk menghadiri Malam Anugerah APO2016, butirannya seperti berikut: Tarikh : 30 April, 2016
    Masa : 9 malam
    Tempat : Auditorium Perdana, Angkasapuri, KL
    Tema : Glam Digital
  13. Senarai pemenang-pemenang akan dipaparkan di http://apo.mstar.com.my/ pada 28 April 2016.
  14. Pemenang akan dihubungi melalui akaun media sosial masing-masing yang digunakan dalam penyertaan ini atau menerusi e-mel.
  15. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap akaun media sosial.
  16. Hadiah tidak boleh ditukar untuk wang tunai dan Pihak Penganjur berhak untuk menukar hadiah dengan nilai sama tanpa notis terlebih dahulu.
  17. Liabiliti & Tanggungjawab

  18. Pemenang-pemenang bertanggungjawab untuk sebarang bayaran untuk cukai, insurans dan/atau caj-caj lain yang berkaitan dengan hadiah.
  19. Peserta dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur terkecuali daripada semua jaminan dan/atau liabiliti yang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan juga peraduan.
  20. Hak Pihak Penganjur

  21. Keputusan Pihak Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma & Syarat peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.
  22. Pihak Penganjur berhak untuk menahan hadiah pemenang sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, atau wujudnya penyalahgunaan teknologi bagi tujuan mendapatkan lebihan undi untuk menang.
  23. Pihak Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk membatalkan kemenangan peserta sekiranya ada dikalangan undian didapati adalah palsu, atau jika dipercayai wujudnya penipuan atau kaedah pengundian berlebihan dan mencurigakan. Sekiranya wujudnya penipuan, Pihak Penganjur berhak menyiasat dan mengesahkan undian bagi setiap kapsyen yang dihantar.
  24. Pihak Penganjur berhak menentukan pemenang lain sekiranya didapati pemenang asal terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan bagi tujuan memperoleh undi. Aktiviti penipuan atau yang mencurigakan adalah termasuk:
    1. Pembelian undi atau “like” dari pihak ketiga (laman sesawang atau kumpulan)
    2. Akaun palsu atau kepelbagaian identity akaun yang dimiliki oleh pemilik sama bagi tujuan menambah undi
    3. Penyalahgunaan teknologi untuk menambahkan bilangan undi
  25. Peraduan ini tidak ditaja, disokong, dikelola atau berkait dengan Facebook, Twitter, Instagram atau Youtube/Google.
  26. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersetuju bahawa Star Media Group (Malaysia) Berhad mempunyai hak untuk menggunakan semua maklumat berkenaan peraduan, termasuk teks/gambar/audio/video penyertaan yang dihantar oleh peserta bagi tujuan editorial, pemasaran, dan apa jua tujuan sekalipun, melainkan jika ia menyalahi undang-undang.